Tentang Kami
Sekilas Karisma (M) Sdn. Bhd.
Rakan strategik dalam kawalan vektor berasaskan data, teknologi dan aplikasi lapangan.
Siapa Kami
Sekilas Karisma (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan penyelesaian kawalan vektor bagi menyokong operasi kesihatan awam di Malaysia. Kami beroperasi dengan pendekatan berasaskan data, kepakaran teknikal dan pengalaman lapangan bagi memastikan setiap intervensi kawalan vektor dilaksanakan secara berkesan, selamat dan selari dengan keperluan operasi agensi kesihatan awam.
Skop Operasi Kami
Fokus operasi kami merangkumi kerjasama bersama:
• Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
• Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
• Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Skop operasi kami melalui perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program kawalan vektor di peringkat lapangan.
Pendekatan Kami
01.
Berasaskan Data
Setiap keputusan operasi disokong oleh data lapangan, pemetaan kawasan dan penilaian risiko.
02.
Aplikasi Lapangan
Penyelesaian direka agar praktikal, boleh dilaksanakan dan selari dengan realiti operasi di lapangan.
03.
Sokongan Teknikal
Latihan, SOP dan khidmat sokongan disediakan bagi memastikan keberkesanan berterusan.
Komitmen Kami
Sekilas Karisma komited untuk menyokong agensi kesihatan awam melalui penyelesaian kawalan vektor yang berasaskan bukti, selamat dan mampan. Kami percaya kejayaan kawalan vektor bergantung kepada kefahaman teknikal, pelaksanaan yang tepat serta sokongan berterusan di lapangan.